dalam banyak2 kek,buat masa ni kek inilah yang banyak tempahan..kadang2 sampai naik boring jugak nak wat kek yang sama,tapi bak kata orang rezeki jangan ditolak..dengan seikhlas hatinya buatlah kek yang sama tetapi dengan dekorasi yang berbeza2..maklmlah oran yang tempah pon disebabkan majlis yang berbeza..
inilah antara kek yang berjaya dirakam gambarnya...yang lain tu dah terkalut2 terlupa pulak nak snap..siapa yang ingin mencuba bolehlah kongsikan resepi di bawah ini..
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 1/2 cawan gula halus
4 biji telur
2 sudu kecil coklat paste
1 cawan serbuk koko
3 camca makan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu segar
250gm butter
2 cawan tepung gandum
1.Masak serbuk koko,3 camca gula halus ,air panas dan susu segar sehingga sebati.Ketepikan.
2.Pukul butter dan gula halus sehingga kembang.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga sebati.
3.Masukkan coklat paste dan adunan coklat yang dimasak dan putar sebati.
4.Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking sedikit demi sedikit sehingga habis tepung.Putar sebati.
5.Bakar pada suhu 180 darjah dalam masa 1 jam.
Untuk bahan topping ada dua,pilihlah cara mana satu yang senang:
A) 150gm coklat masakan
1 1/2 camca usu pekat
4 camca besar air panas
1. Masak semuanya sehingga cair..
B) 130gm whipping cream
300gm dark compound
40gm butter
1. Masak whipping cream hingga berbuih di tepi periuk.Masukkan coklat yang telah dihiris nipis2 dan gaul sahingga sebati.Masukkan butter dan kacau sebati.Sejukkan sebentar sebelum dituang keatas kek...
No comments:
Post a Comment